Khamis, 24 Disember 2009

~Selamat Menghadapi Peperiksaan~

selamat menghadapi imtihan kepada semua sahabatdi perlembahan nil yang akan menghadapi imtihanbermula 16hb jan 2010...tingkatkan usaha...jangan berputus asasentiasa memohon petunjuk dari yang maha esaingatlah keluarga yang sedang menanti di tanah airpastikan kejayaan adalah milik kita bersamabittaufiq wannajah....SALAM IMTIHAN UNTUK SE...

Khamis, 17 Disember 2009

~Salam Maal Hijrah~

SEMOGA AMALAN KITA PADA TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARI TAHUN YANG SEBELUMNYA.SaLaM mAaL hIjRaHkepada semua warga malaysiayang berada diPerlembahan Nil...

Rabu, 25 November 2009

~ Pendirian BKASM ~

25 Nov,Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) telah mengeluarkan memo khusus untuk ahli BKASM agar tidak bekerjasama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) dalam menjayakan PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KBMK DAN JPMK yang akan diadakan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 di Dataran Hayyu ‘Asyir.Tindakan ini dilakukan di atas kata sepakat yang telah dilakukan di dalam mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM yang telah diadakan pada 23 November 2009 memutuskan,agar ahli BKASM untuk tidak sama-sama menjayakan progrma tersebut.Ianya adalah rentetan dari...

~SeLaMat HaRi RaYa AiDiLaDhA~

SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJIDANIBADAH QORBANBAGI SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMATSEMOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T..:: Salam Aidil Adha dari perantauan ...

Selasa, 10 November 2009

~Selamat Datang Ke Bumi DUMYAT...~

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...Selamat Datang diucapkan kepada mahasiswa baru ke bumi DUMYAT...Kami mengalu-alukan kehadiran kalianuntuk bersama-sama kami berkelana menggali khazanah ilmudi bumi Dumyat...Insyaallah segalanya akan diuruskan oleh...Dewan Perwakilan Mahasiswa Damiettayang merupakan PMRAM cawangan Dumyatyang telah diamanahkan sejak tertubuhnya Dewan ini..."SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU".:: Layari http://dumyat.blogspot.com/ ...

~Tujuh mitos, tujuh pembohongan...~

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja.Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud.. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk...

Rabu, 4 November 2009

~ISMA tauzi'kan pelajar tengah malam??? ~

Hairan bin ajaib bin pelik,itulah ISMA.Berdasarkan cerita dari seorang sahabat,ISMA cuba mentauzi'kan pelajar akhawat selangor ke mansurah pada waktu dinihari sekitar jam 2.30 pagi tadi(5 November 2009).Kejadian yang disedari oleh ajkt hewi BKASM yang baru pulang dari ziarah sahabat-sahabat di tanta dan mansurah terkejut apabila mendapati ada beberapa orang akhawat ISMA cuba mengambil adik-adik baru untuk ditauzi'kan.Dengan kekuatan anggota seramai 3 akhawat dan 2 ikhwah beserta sebuah van,mereka datang atas alasan ingin mengambil orang-orang mereka dan ingin mentauzi'kan sendiri mereka ke muhafazah.Berdasarkan cerita yang disampaikan,tindakan mereka untuk mentauzi'kan sendiri rakan-rakan mereka ke muhafazah sebenarnya tidak diizinkan dan tidak dibenarkan oleh pegawai hal ehwal pelajar selangor.Dengan...

Ahad, 1 November 2009

~ Mengapa perlu dicuri... ~

"BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH"Tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) dengan mencuri kain rentang yang disediakan oleh Jawatankuasa Bertindak DESAK bagi menghimpunkan tandatangan sokongan untuk mendesak pihak JPMK agar melaksanakan 3 tuntutan dari PMRAM iaitu:1) Membersihkan nama PMRAM diperingkat Syeikhul Azhar yang telah diburukkan oleh pengarahnya iaitu Prof Jamil.2) Memohon maaf secara terbuka kepada ahli PMRAM berkaitan isu Kutub Sittah yang cuba digagalkan.3) Mengadakan sesi dialog berkaitan isu Kutub Sittah.(jika salah tolong betulkan)Himpunan tandatangan ini akan diserahkan kepada...

Selasa, 27 Oktober 2009

~ Ramah Mesra bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ~

Majlis Ramah MesraYB. Dato' Seri Anwar Ibrahim(Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia)Pada: 29 Oktober 2009Jam: 6.00 p.m.Bertempat di Dataran Haiyu AsyirTurut hadir bersama:YB Saifuddin NasutionUstaz Dr. Badrul AminAnjuran: Gerakan Suara Rakyat dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir# Bersama kita memeriahkan majlis ini... #http://suaraonline.wordpress.c...

Isnin, 19 Oktober 2009

~ Dialog Isu Kutub Sittah... ~

Dialog bersama Prof. Dr. Jamil Bin Hashim(Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah)21 Oktober 2009Jam 7.30 Malam Dewan Darul Ehsan,Badan Kebajikan Anak Selangor MesirHaiyu Asyir,Kaherah,MesirPenjelasan berkaitan isu cubaan menggagalkan penganjuran Majlis Pembacaan Kutub Sittah.Penjelasan mengapa berlaku perubahan tempat di saat-saat akhir persiapan telah dilakukan.Dan beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya dikalangan kita.p/s: marilah sama-sama kita hadir untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya...

Sabtu, 10 Oktober 2009

~ Ceramah Isu Semasa ~

Tarikh :11hb Oktober 2009Jam : 8 malamTempat : Dataran Haiyu AsyirAnjuran : Gerakan Suara Rakyat# Dijemput kepada semua warga malaysia di Mesir untuk hadir beramai-ram...

Sabtu, 26 September 2009

~ Hati PMRAM 2009 ~

Kehangatan Aidilfitri masih dirasai...HATI PMRAM menjelma kini...Warga malaysia yang dikashi...Mari kita sama menjayakan majlis ini...Anjuran: Lajnah & Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAMdengan kerjasama Unit Dakwah Bkan & Dpmp/s: kawan2 yg berada dimuhafazah jom kita turun ramai2...

Selasa, 22 September 2009

~ Salam Perantauan ~

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar... Sayup-sayup kedengaran suara takbir yang dimainkan pada skrin komputer...teringat suasana semasa dikampung...malam raya rebus ketupat...sebelum rebus ketupat menghilangkan diri mencari kawan-kawan sekampung untuk bermain mercun dan kacau pelita rumah orang(padam pelita orang kampung)...hehehe... Tapi semua itu hanya tinggal kenangan...sambutan raya diperantauan disambut dengan suasana yang sederhana.Dengan beberapa orang rakan yang sama-sama tidak pilang ke tanah air.Walaupun sibuk dengan tanggungjawab sempat la juga masak rendang resipi kiriman bonda melalui panggilan talipon beberapa tahun yang...

~ SAHARA 09- DPMD ~

# Kepada semua warga dumyat di bumi mesir dijemput untuk sama-sama menjayakan program ini... #~ TARBIAH NURANI SUCI PERIBADI ~P/S : Kepada ahli dumyat yg ade kat kaherah,damanhur,tanta,mansurah,shoubro tu...mai la pakat2 balik dumyat...kumpul adik beradik...

~ Perutusan Hari Raya Aidilfitri ~

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan...

~ Perutusan Hari Raya Aidilfitri ~

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan...

Jumaat, 18 September 2009

~ Alhamdulillah...iftor jamaie berjaya... ~

Iftor Jamaie PMRAMAlhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya program iftor jamaie yang dianjurkan oleh PMRAM mendapat sambutan diluar jangkaan.Kehadiran seramai hampir 1000 orang ahli telah membanjiri dataran haiyu asyir untuk sama-sama menjayakan program iftor jamaie ini.Walaupun anggaran awal hanya sekitar 700 orang ahli sahaja,tetapi di atas komitmen yang ditunjukkan oleh ahli terutama ahli yang datang dari muhafazah yang sanggup turun untuk turut sama menjayakan iftor ini,kehadiran melebihi dari jangkaan. Program dimulai dengan majlis khatam al-quran dan tahlil ringkas seusai solat asar.Kemudian majlis diteruskan...

Isnin, 14 September 2009

Muhadharah bersama Profesor Dr.Rif'at Fauzi Abdul Muttalib

Muhadharah bersama Profesor Dr.Rif'at Fauzi Abdul MuttalibSemua warga malaysia yang berada diperlembahan nil dijemput untuk sama-sama menghadiri muhadharah ini beserta munajat perdana yang akan diadakan. Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis ini.# Juadah berbuka turut disediakan...

Sabtu, 12 September 2009

.:: Lailatul Qadr ::.

Bismillahirrahmaanirrahiim..." Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadar{1} Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?{2} Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan{3} Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan{4} Sejahteranya (malam itu) sampai terbit fajar{5} " surah al-qadr;(ayat 1-5)Malam lailatul qadar merupakan malam yang istimewa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada umat nabi Muhammad s.a.w. yang mana pahala bagi mereka yang melakukan amalan ibadah pada malam lailatul qadar nilainya sama seperti...

Jumaat, 28 Ogos 2009

~Renungan...~

Bila kau memandang segalanya dari tuhanmuyang menciptakan segalaNya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu,kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalaNyauntuk sesuatu yang sia-sia.Bukan Allah tidak tahu retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,kerana Dia tahu yang sebeginilah selalunya lebih lunakdan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.-----------------------------------------------------------------------------------------------------.:: Ramadhan Karim ...

Khamis, 27 Ogos 2009

~Majlis Kesyukuran & Nuzul Quran~

# Kepada mereka yang najah marilah kita ikut serta...yang belum najah jangan segan2...untuk turut serta bersama......

~Ihya' Ramadhan~

.:: Mari kita sama-sama menjayakannya... ...

Khamis, 20 Ogos 2009

Lord of Ramadhan

...

Rabu, 19 Ogos 2009

Jemputan Menghadiri Ke Majlis Pengishtiharan Anak Bulan Bersama Mufti Kerajaan Mesir

Dar Ifta` Misriah telah berbesar hati untuk menjemput pelajar-pelajar Malaysia melalui PMRAM untuk menghadiri mhtifal pengistiharaan anak bulan bagi tarikh permulaan berpuasa seluruh umat Islam di Republik Arab Mesir. Program yang akan berlangsung pada 20 Ogos, bermula jam 8 malam di Dewan Al Azhar Conference Centre (ACC) akan dihadiri oleh para ulama al-Azhar untuk mendengar ucapan dari Mufti Kerajaan Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad selain mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi Negara Republik Arab Mesir. Bagi sesiapa yang berminat untuk bersama-sama meraikannya majlis ini bersama ulama muktabar al azhar bolehlah merujuk kepada unit...

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan RamadhanKali ini penuh maknaAgar dapat kulalui Dengan sempurnaSelangkah demi selangkahSetahun pun sudah berlaluMasa yang pantas berlaluHingga tak terasa ku Berada di bulan ramadhanSemula...Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurnaPuasa satu amalanSebagaimana yang dipeintahnyaMoga dapat ku lenturkanNafsu yang selalu membelenggu diriTiada henti-henti...Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurnaTak ingin ku biarkan ramadhanBerlalu sajaTuhan pimpinlah daku yang lemahMengharungi segalanya dengan sabar...Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurnaKu memohon pada tuhanDiberikan kekuatanKu merayu pada tuhanDiterima amalanSelangkah demi selangkahDengan rahmatOh tuhan...

Isnin, 17 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Dapatkan Mesej Bergambar di SiniDapatkan Mesej Bergambar di S...

Muqaddimah...

Bismillahirrahmaaniirahiim... Segala pujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t.yang telah menciptakan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu segala nabi,serta selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang dianugerahkan kelebihan untuk hidup bersama baginda dalam memperjuangkan syariat islam. Di dalam keberkatan bulan sya'ban yang mulia ini telah dibukakan pintu hati ini untuk meneroka alam blog yang selama ini hanya sekadar menjadi tatapan sepasang mata.Tunjuk ajar yang membina dari sahabat-sahabat yang berpengalaman sangat dialu-alukan. Sekadar pemula bicara bagi menghiasi blog yang tidak seberapa ini..:: Siru Ala Barakatillah ::.Salam Perjuangan dari bumi dumyat...

Pages 581234 »

arma 2

arma