Sabtu, 12 September 2009

.:: Lailatul Qadr ::.

Bismillahirrahmaanirrahiim...
" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadar{1} Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?{2} Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan{3} Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan{4} Sejahteranya (malam itu) sampai terbit fajar{5} "
surah al-qadr;(ayat 1-5)

Malam lailatul qadar merupakan malam yang istimewa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada umat nabi Muhammad s.a.w. yang mana pahala bagi mereka yang melakukan amalan ibadah pada malam lailatul qadar nilainya sama seperti kita beribadat selama seribu bulan bersamaan 83 tahun...

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:"Barang siapa yang menghidupkan lailatul qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu..."

Ganjaran yang amat bermakna yang tidak diberikan kepada umat terdahulu,amalan yang berganda,dosa yang telah dilakukan diampunkan.Nikmat yang mesti dikecapi dan perlu disyukuri.Peluang yang mesti direbut oleh umat islam dalam meningkatkan amalan disepanjang bulan ramadhan yang mulia ini...

Perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan dengan beriktikaf, berdoa, berzikir dan bertahmid kerana di dalamnyalah terletaknya Lailatul Qadar,seperti mana hadis nabi ada menyebutkan...

1) Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan. HADIS RIWAYAT MUSLIM..

2) Hadis Ibnu Umar r.a: Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan ...tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut. HADIS RIWAYAT MUSLIM...

3) Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam ...menghidupkan malam tersebut. HADIS RIWAYAT MUSLIM..



# marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini #

0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma