Ahad, 1 November 2009

~ Mengapa perlu dicuri... ~


"BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH"

Tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) dengan mencuri kain rentang yang disediakan oleh Jawatankuasa Bertindak DESAK bagi menghimpunkan tandatangan sokongan untuk mendesak pihak JPMK agar melaksanakan 3 tuntutan dari PMRAM iaitu:

1) Membersihkan nama PMRAM diperingkat Syeikhul Azhar yang telah diburukkan oleh pengarahnya iaitu Prof Jamil.

2) Memohon maaf secara terbuka kepada ahli PMRAM berkaitan isu Kutub Sittah yang cuba digagalkan.

3) Mengadakan sesi dialog berkaitan isu Kutub Sittah.
(jika salah tolong betulkan)

Himpunan tandatangan ini akan diserahkan kepada Prof Jamil bagi menunjukkan sokongan yang padu dari kalangan mahasiswa/wi agar pihak JPMK melaksanakan tuntutan tersebut.Tetapi malangnya,belum pun sempat kain rentang itu dihantar kepada Prof Jamil, kain rentang tersebut telah pun DICURI oleh beberapa orang arab yang merupakan kakitangan yang berkerja dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Mujur tindakan pantas yang dilakukan oleh beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu berjaya mengejar pencuri arab tersebut yang menaiki kereta rasmi
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.(cerita lanjut oleh saksi kejadian http://kalimahtayyibah.blogspot.com/2009/10/terima-kasih-profesor-jamil.html)

Persoalan yang wujud dikalangan mahasiswa/wi mengapa kain rentang itu dicuri oleh arab yang bekerja dengan kedutaan malaysia?Tidak cukupkah gaji yang mereka terima sehingga sanggup menerima upah untuk mencuri kain rentang tersebut?Siapa pula yang memerintahkan arab tersebut mencuri kain rentang tersebut?Siapa pula dalangnya?
Jika pihak JPMK merasakan mereka tidak bersalah Mengapa Perlu Dicuri kain rentang tersebut?...

Bak kata Ust Hairul Nizam di dalam blog beliau klik sini,"
Insyaallah kain rentang itu akan diserahkan kepada Encik Jamil. So tak payah curilah. Memang nak bagipun."

p/s: baling batu sembunyi tangan...tapi tak pandai sorok...


0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma