Ahad, 16 Mei 2010

~ Selamat Hari Guru ~



Ada sebuah ungkapan yang berbunyi:"walaupun hanya dengan mengajarkan ku satu huruf,orang itu telah ku anggap sebagai guruku."Walaupun sedikit ilmu yang diberikan tetapi darjatnya tetap tinggi.Selamat hari guru kepada semua guru-guruku yang telah mendidik diriku sedari kecil hinggalah kini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guruku bermula dari:

~ Ibu dan ayah serta arwah atuk dan nenek(sebelah ayah dan ibu) yang telah mengajarku sejak kecil.
~ Guru tadikaku ditadika abim Telok Dato',banting.
~ Guru-guru Sekolah Kebangsaan Sg.Manggis.
~ Guru-guru Sekolah kebangsaan Sijangkang.
~ Guru-guru Sekolah Rendah Agama Sijangkang.
~ Guru-guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,Sg Manggis.
~ Guru-guru kursus bahasa di PKG Kampung Jawa.
~ Para Doktor dan Profesor di Kuliah Dirasat wal Arabiah Damietta.
~ Para Masyaikh yang pernah ku ikuti kelas-kelas mereka.
~ Serta sekalian yang pernah mendidik diriku untuk menimba pengalaman yang manis dan berharga sepanjang berada di bumi mesir ini dan juga di bumi malaysia.

guru-guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Jasa kalian wahai guruku sesungguhnya tidak terbalas.Mudah-mudahan berkat ilmu yang telah dicurahkan akan menjadikan diri ini insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara.Moga kalian akan terus mencurahkan ilmu yang ada demi mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang berguna.Semoga Allah akan terus merahmati dan meredhai guru-guru ku.


"Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan murabbi "

______________________________________________________________

p/s: terlupa pula guru-guruku yang pernah mencurahkan ilmu seni pertahanan diri...

~ Guruku ~

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

______________________________________________________

.:: khas buat guru-guruku... ::.


Sabtu, 15 Mei 2010

~ Pelaksanaan Judi di Malaysia...oh malaysiaku... ~

Kerajaan malaysia telah meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena piala dunia 2010.Tindakan yang mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen kerajaan itu telah mengundang rasa sangsi penulis tentang 'malaysia sebagai negara islam'.Bagaimana sebuah negara yang dikatakan negara islam boleh menghalalkan judi sedangkan didalam islam judi itu sememangnya haram.Pendapat mana didalam islam yang telah digunapakai oleh kerajaan malaysia untuk membolehkan judi itu dilaksanakan.

Bertambah pelik lagi hairan apabila ada dikalangan ahli parlimen yang menyokong tindakan kerajaan itu menyatakan lesen judi itu diluluskan agar tidak berlaku penipuan.Inilah masalahnya apabila mengaji ilmu agama tak abis,sekadar ambil sebahagian sahaja.Mengapa perlu menyokong suatu perkara yang sudah jelas haramnya.Kerana apa judi itu diharamkan,kerana wujudnya pertaruhan.Bertaruh dengan suatu nilai yang mana keseluruhan nilai pertaruhan itu hanya akan dimiliki oleh seorang sahaja iaitu si pemenang.Bukankah itu suatu yang tidak adil keluar modal ramai-ramai,tapi yang dapat hasil seorang sahaja.

Berdosa bagi orang yang bermain judi.Orang yang bagi lulus lesen judi pun turut berdosa.Dan akan jadi berganda pula dosa itu apabila orang yang meluluskan lesen tersebut turut serta bermain judi.Bukan sahaja yang bermain dapat dosa,orang yang tahu hukumnya dosa tetapi sekadar melihat sahaja tidak ditegur,tak ditegah atau sebaginya pun turut berdosa.Seperti mana mafhum hadis nabi:Barang siapa yang melihat kemungkaran maka ubah dengan tangannya(kuasa)dan jika tidak mampu ubahla dengan lidahnya(demonstrasi dan sebagainya) dan jika kau tidak mampu juga ubahlah dengan hati(doakan mudah-mudahan kemungkaran itu terhenti)dan inilah selemah-lemah iman.

Jadi kepada sidang pembaca sekalian,lakukanlah peranan kita untuk mengubah dengan apa jua cara sekalipun.Jangan kita hanya sekadar mendiamkan diri sahaja melihat kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah.Sesungguhnya yang benar itu tetap benar,dan yang batil itu tetap batil.Haram tetap haram.Jangan kerana kita ada kepentingan menyebabkan kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Siiru ala barakatillah...semoga islam terus bersinar di tanah airku
Allahu AKbar!!

____________________________________________________________________

p/s: kitab manalah yang dirujuknya judi dibolehkan,politik dimasjid dan surau tak dibenarkan...oh malaysiaku...

Selasa, 4 Mei 2010

~ Solat Hajat Perdana & Penerangan Isu Semasa ~



SOLAT HAJAT PERDANA
&
PENERANGAN ISU SEMASA

BERSAMA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

PADA: 5 MEI 2010

TEMPAT: DATARAN HAIYU ASYIR

7.30: SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
SOLAT HAJAT PERDANA

8.30: PENERANGAN ISU SEMASA
OLEH WAKIL BP PMRAM


" MOHON MUNAJAT KEPADA ALLAH AGAR SEGALA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN "

*semua dijemput hadir*


Anjuran: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.


~ Apa khabar blogku... ~

Hampir 2 bulan lamanya tiada entri baru yang dapat dipaparkan kedalam blog ini.Seolah-olah tidak bermaya dalam meneruskan usaha-usaha murni meneruskan kesinambungan dakwah dalam pelbagai medium.Pelbagai kisah dan juga pengalaman yang ingin dikongsikan bersama sahabat-sahabat alam maya ini,namun itulah ujian yang mungkin perlu ditempuhi dalam usaha menemukan sebuah hasil yang dapat memuaskan semua pihak.

Masalah keterbatasan waktu dalam memikirkan kisah atau entri yang bagaimana harus dipaparkan kepada umum menyebabkan blog ini sunyi dari isinya.Ditambah pula dengan masalah gangguan internet yang lembap menyebabkan sering kali berlakunya masalah dalam usaha untuk memaparkan entri-entri yang ingin dikongsikan.

Kini imtihan pula muncul dalam memberikan ujian demi ujian yang harus ditempuhi dalam menyampaikan maklumat serta perkongsian idea kepada umum.Namun usaha ini pasti akan diteruskan dalam perkongsian malumat yang perlu disampaikan kepada umum.

Siiru ala barakatillah...

p/s:Semoga dipermudahkan segala urusan.

arma 2

arma