Selasa, 15 Jun 2010

~ Ustaz Hassan Syukri kembali ke rahmatullah ~

(Ustaz Hassan Syukri)

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham ustaz Hassan di atas pemergian allahyarham...
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...
Al-fatihah...

(semoga semangatnya sebagai seorang pejuang menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda yang mengikuti jejak langahnya...)

Isnin, 7 Jun 2010

Fiqh Waqi' : Senjata Utama Merealitikan Perancangan

Fiqh waqi' menjadi senjata utama bagi memastikan sesuatu perancangan yang dibuat menjadi realiti. Dengan erti kata, penjagaan maslahat dan menjauhi mudharat terjamin berdasarkan selepas kefahaman Fiqh Muwazanat dan Fiqh Aulawiyat. Bahkan fiqhul khamsah merupakan suatu eleman yang tidak boleh difahami secara berasingan atau memahami sebahagian sahaja. Hal ini demikian kesemua fiqh ini mempunyai peranan tersendiri dan berkait rapat dengan yang lain.

Kefahaman ke atas fiqh waqi' adalah untuk memastikan perubahan faktor dan sebab di dalam penilaian maslahat dan mudharat dapat dijaga berdasarkan penelitian kepada keadaan sekeliling semasa. Ia mengambil kira dari sudut uruf, suasana adat , bahasa dan syara'. Maka penguasaan di dalam memahami fiqh waqi' memberikan suatu ketepatan ketika meletakkan penilaian sesuatu tersebut adalah masalahat atau tidak.

Bahkan maslahat yang diperbincangan oleh syara' juga berkisar kepada maratib maslahat yang 3 iaitu dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat. Justeru, seuatu perkara yang berubah pasti akan menjagakan susunan mana yang perlu didahulukan atau dilewatkan berdasarkan status semasa.

Maka pengabaian kefahaman ke atas fiqh waqi' akan menyebabkan sesuatu tindakan perancangan tersasar daripada kehendak yang sebenar bahkan menjadikan perancangan yang gagal.

Dr Yusof Al-Qardhawi menyebut di dalam laman web beliau, bahawa menuntut ilmu merupakan fardhu ain kepada setiap umat Islam. Namun ia adalah fardhu ain ke atas setiap perkara apa yang dilakukan. Justeru, di dalam memahami secara mendalam sesuatu ilmu bukanlah fardhu ain namun hanya fardhu kifayah. Apa yang penting ialah setiap amalan harian yang dilakukan berdasarkan dalil yang nyata.

Justeru, orang yang merancang yang memahami kefahaman fiqh waqi' akan menilai apa yang patut dirancang dalam konteks tersebut. Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan menyebut, saban tahun orang yang mengaji secara bertalaqqi semakin tinggi dan gejala sosial yang berlaku juga semakin meningkat. Dan orang yang bekerja di dalam membanteras maksiat amat sedikit. Maka waqi' yang berlaku sekarang adalah untuk memastikan gejala sosial yang berlaku dibendung dan dikurangkan. Namun waqi' sebegini kurang difahami oleh mereka yang hanya mendengar ilmu sahaja tanpa dicernakan.

Seorang ulama haraki di pakistan juga berkata, waqi' umat Islam ini sekarang bergaduh dan berpecah ekoran sibuk menilai iman siapa yang benar, iman siapa yang salah. Dalam masa yang sama, tiada yang sibuk membicarakan siapa yang mahu bangkit menetang kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam.

Dahulu juga turut berlaku, ketika Saidina Hussin dibunuh, seorang ulama menegur bahawa ketika Saidina Hussin mati syahid dibunuh, umat Islam sibuk membicarakan adakah sah solat yang ada pada pakaian darah nyamuk, namun tiada seorang yang membiacarakan pembelaan ke atas pembunuhan cucu rasulullah SAW tersebut.

Mahasiswa Islam kini turut tergelincir di dalam kancah kekeliruan waqi' semasa yang dituntut. Kita lihat ramai yang sibuk membicarakan keputusan exam dan terlebih mengimpikan natijah imtiyaz di dalam masa yang sama rakan sebidang sibuk melakukan gejala sosial. Maka waqi' mereka yang memahami ialah bekerja mencegah mungkar lebih dituntut berbanding yang lain. Ini waqi' .

Bukan bermakna menafikan perkara yang lain, namun ia disusun mengikut aulawiyat berdasarkan waqi'. Sebab itu waqi' yang terbesar ke atas umat Islam sekarang bersatu menetang penindasan berbading mempersoalkan keimanan siapa yang lebih sahih.

Dan mahasiswa Islam kini, apakah waqi' sesuai bagi mereka? adakah mereka tidak memahami fiqh waqi' yang akhirnya akan menyebabkan sanggup meruntuhkan kesatuan bersama semata-mata sumbangan yang tidak seberapa? sanggup maruah dicabul semata-mata nak mendapatkan bayaran sewa tempat tinggal yang murah? Sanggup menghabiskan 10 kitab sebulan dalam masa yang sama gejala sosial meningkat 10 kali ganda? sanggup mendapatkan mumtaz berbanding menyibukkan diri menyelamatkan rakan daripada hanyut bersosial?

Justeru, fiqh waqi' adalah senjata utama di dalam memastikan realitikan perancangan yang dilakukan di dalam memastikan penilaian dan penyusanan maslahat dan mudharat adalah dijamin dan betul.

.:: Sumber : akuabezuh.blogspot.com ::.

Selasa, 1 Jun 2010

~ mengutuk kekejaman israel ~


Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan yang berlepas dari pelabuhan istanbul menuju ke gaza.Misi memberi bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan telah disekat oleh tentera elit israel dengan mengepung dan menguasai kapal-kapal misi kemanusiaan tersebut dengan tindakan yang amat kejam dan kasar.Ianya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan terbunuh dalam kejadian tersebut.Manakala 36 orang lagi dilaporkan cedera,serta beberapa orang lagi turut ditahan.

Tindakan kejam ini telah membangkitkan rasa marah dunia islam terhadap israel dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia ke atas kedutaan israel dan amerika.Demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia islam adalah bertujuan untuk menggesa suatu tindakan yang sepatutnya dilakuan ke atas israel di atas serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.Kekejaman israel terus melebar dan meluas dari kekejaman ke atas rakyat palestin,kini menular pula ke atas masyarakat antarabangsa.Tindakan yang sudah tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja oleh semua pihak.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta negara Amerika dikecam hebat oleh dunia kerana mendiamkan diri dengan tidak melakukan sebarang tidakan atau sekatan ke atas israel.Dunia seolah-olah melihat tindakan berdiam diri negara-negara kuasa dunia terhadap tindakan kejam israel ini sebagai menjaga kepentingan masing-masing bersama israel dengan tidak mencampuri perkara-perkara yang melibatkan kekejaman israel.PBB dituntut untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas israel.

Sehubungan dengan itu kita diseru dan diajak untuk membaca doa qunut nazilah,mudah-mudahan ALLAH akan terus membantu hamba-hambanya yang teraniaya untuk menghancurkan israel.Semoga usaha kita yang kecil ini membuahkan suatu hasil natijah yang akan mengembalikan kegemilangan dan keadilan islam dimata dunia.

Siiru ala barakatillah...
Allahu Akbar!!


Mahasiswa Selangor Mesir Membantah Judi Bola Sepak Piala Dunia



KAHERAH, 28 Mei - Bertempat di Darul Ehsan Café (DE Café), telah berlangsung satu rapat umum membantah JUDI BOLA SEPAK Piala Dunia. Rapat umum anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) diadakan selepas selesai solat jumaat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan bantahan mengenai keputusan kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Jun ini.

Rapat umum ini diadakan bagi membuktikan kebersamaan mahasiswa Selangor Mesir dalam menentang keputusan yang membelakangkan Syariat Islam yang meletakkan judi adalah HARAM sama sekali untuk terlibat atau bermain dengannya, sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Maidah, ayat 90. Sebagai simbolik bantahan, peserta rapat umum ini diminta berpakaian jubah putih. Rapat umum ini juga diadakan bertujuan menyahut seruan PMRAM PUSAT, yang menyeru seluruh pendokong-pendokong Islam untuk bangkit menyatakan kebenaran terhadap isu ini.

Dengan kehadiran kebanyakan mahasiswa yang berpakaian putih semalam telah menyemarakkan lagi rapat umum ini. Rapat umum ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudara Muhammad Bazli Badarudin. Ujar beliau, rapat umum ini diadakan bagi menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar sebagaimana yang dituntut oleh islam. Seterusnya ucapan Mantan Penasihat BKASM, Saudara Farhan Madzlan. Beliau memuji BKASM kerana berani bertindak dan menyatakan tindakan ini selaras dengan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang meminta seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tidak membenarkan mana-mana premis melaksanakan kegiatan judi bola sepak ini.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penasihat BKASM, Saudara Firdaus Madzlan yang menyatakan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan. Beliau juga memohon dan mendesak semua mufti di Malaysia agar lebih berani menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini.Selain itu, beliau mencabar kerajaan Malaysia menarik balik lesen tersebut selari dengan islam agama rasmi di Malaysia.

Yang Dipertua BKASM, Saudara Abdul Muiz Abdul Talib pula menyatakan dalam ucapan beliau, sebagai mahasiswa islam, lebih-lebih lagi Mahasiswa Pengajian Islam, seharusnya kita peka dengan apa yang berlaku disekitar kita dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi bukan hanya sekadar ingin mengejar segulung ijazah. Jikalau orang bukan islam boleh bersama membantah isu judi ini mengapa kita selaku mahasiswa yang beragama Islam hanya berdiam diri dalam isu ini? Soal beliau kepada hadirin ketika berucap. Turut Berucap, Saudara Abdul Hadi Abdul Kadir selaku wakil mahasiswa tahun satu.

Mengakhiri rapat umum selama 25 minit ini, laungan “TAKNAK JUDI” dilaungkan sebanyak 3 kali oleh seluruh hadirin diketuai Saudara Firdaus Madzlan. Pihak penganjur begitu berpuas hati dengan kehadiran yang memberangsangkan. Penganjur berharap bantahan ini dapat diteruskan dengan berpakaian jubah putih setiap jumaat bermula pada minggu hadapan sehingga lesen Judi Bola Sepak ini ditarik balik.

Sumber:http: www.pmram.org


arma 2

arma