Jumaat, 28 Ogos 2009

~Renungan...~



Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu
yang menciptakan segalaNya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalaNya
untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,
kerana Dia tahu yang sebeginilah selalunya lebih lunak
dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

.:: Ramadhan Karim ::.


Khamis, 27 Ogos 2009

~Majlis Kesyukuran & Nuzul Quran~

# Kepada mereka yang najah marilah kita ikut serta...yang belum najah jangan segan2...untuk turut serta bersama... #

~Ihya' Ramadhan~


.:: Mari kita sama-sama menjayakannya... ::.

Khamis, 20 Ogos 2009

Lord of Ramadhan

Rabu, 19 Ogos 2009

Jemputan Menghadiri Ke Majlis Pengishtiharan Anak Bulan Bersama Mufti Kerajaan Mesir


Dar Ifta` Misriah telah berbesar hati untuk menjemput pelajar-pelajar Malaysia melalui PMRAM untuk menghadiri mhtifal pengistiharaan anak bulan bagi tarikh permulaan berpuasa seluruh umat Islam di Republik Arab Mesir. Program yang akan berlangsung pada 20 Ogos, bermula jam 8 malam di Dewan Al Azhar Conference Centre (ACC) akan dihadiri oleh para ulama al-Azhar untuk mendengar ucapan dari Mufti Kerajaan Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad selain mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi Negara Republik Arab Mesir. Bagi sesiapa yang berminat untuk bersama-sama meraikannya majlis ini bersama ulama muktabar al azhar bolehlah merujuk kepada unit pendidikan BKAN dan DPM masing-masing. Tempat adalah terhad.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun pun sudah berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku
Berada di bulan ramadhan
Semula...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang dipeintahnya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan ramadhan
Berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada tuhan
Diberikan kekuatan
Ku merayu pada tuhan
Diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat
Oh tuhan ku...
Ku tempuh jua...


Menjadi harapan semua,agar ramadhan kali ini membawa seribu erti yang bermakna bagi seluruh umat islam.Semoga setiap amalan kita diterima dan di redhai oleh Allah s.w.t.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam...terutama rakan-rakan yang berada diperantauan...SELAMAT BERPUASA...

Isnin, 17 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Muqaddimah...

Bismillahirrahmaaniirahiim...

Segala pujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t.yang telah menciptakan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu segala nabi,serta selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang dianugerahkan kelebihan untuk hidup bersama baginda dalam memperjuangkan syariat islam.

Di dalam keberkatan bulan sya'ban yang mulia ini telah dibukakan pintu hati ini untuk meneroka alam blog yang selama ini hanya sekadar menjadi tatapan sepasang mata.Tunjuk ajar yang membina dari sahabat-sahabat yang berpengalaman sangat dialu-alukan.

Sekadar pemula bicara bagi menghiasi blog yang tidak seberapa ini.

.:: Siru Ala Barakatillah ::.
Salam Perjuangan dari bumi dumyat...




arma 2

arma