Isnin, 25 Januari 2010

~Kalimah Allah-Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi persoal inisiatif malaysia~


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.

"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.

Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah.

Menurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia.


.:: sumber dari harakahdaily.net ::.

Ahad, 24 Januari 2010

~ Hujan di bumi dumyat ~



Salam imtihan,(edisi rehat minda...)

Alhamdulillah,bumi dumyat sekali lagi disirami hujan rahmat,setelah lebih 2 bulan tidak ditimpa hujan.Kesejukan dimusim sejuk ditambah pula dengan hujan yang turun renyai-renyai,menambahkan lagi kesejukan yang akan membataskan sedikit pergerakan manusia dek keran kesejukan.Makin teballah lihaf(selimut) yang akan menyelubungi jasad.

Kelazimannya di Mesir ini apabila hujan turun menandakan perubahan musim akan berlaku.Tidak kiralah sama ada dari musim sejuk bertukar kepada musim panas atau musim panas kepada musim sejuk.(2 musim yang glamour di mesir...bunga dan luruh wujud bersama keduanya...faham2 sudah)

Bila melihat hujan yang turun,teringat tanah air yang kerap ditimpa hujan.Penulis teringat semasa arwah nenek masih hidup,air kopi buatan sendiri dan yang diproses sendiri oleh nenek menjadi hidangan yang paling penulis gemari dikala musim hujan.Ditambah dengan ubi rebus,pisang goreng panas,ubi goreng(pergh...) memang mengiyurkan.Begitu juga dengan apa yang emak akan hidangkan,cuma tiada kopi buatan sendiri sahaja,kerana tiada yang nak mewarisi kaedah membuat kopi tersebut.(aku la yang kena buat...)

Orang kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak hujan ditanah air...Insyaallah doakan la semoga penulis dapat segera pulang untuk merasai nikmat rahmatnya hujan ditanah air sendiri berbanding di tempat orang.Dekat mesir sejuk,lagi-lagi musim sejuk...brrr...


~Mana pergi blog ni... http://holywar-efairy.blogspot.com/ ~

Salam imtihan,

Blog yang memaparkan pembongkaran konspirasi dajjal dan freemasonri dalam versi bahasa melayu(klik sini) yang selalu penulis lawati kini gagal untuk dibuka.Pelbagai andaian yang dilakukan,sama ada laman tersebut dalam proses kemas kini,atau mungkin telah di hack oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab,atau mungkin telah disekat penyebarannya oleh pihak-pihak tertentu,wallahu a'lam.Namun hakikatnya sudah dua hari ianya tidak boleh di buka.

Di bawah ini penulis paparkan gambar laman tersebut yang sempat penulis save di komputer peribadi...


Dalam laman ini banyak membongkarkan perancangan-perancangan yang telah di rancang dan disusun oleh puak-puak freemason dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari,yang mana perancangan tersebut merupakan serangan pemikiran yang memang ditujukan ke atas umat islam dan manusia umumnya dengan tujuan untuk memastikan manusia terus leka dibuai mainan duniawi yang mereka rancangkan...

Walaupun usaha yang dilakukan oleh laman tersebut telah tersekat namun percayalah setiap perancangan jahat yang cuba dilakukan oleh pihak laknatullahi alaihim,pasti tidak akan berjaya dan sempurna,kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..


______________________________________________

p/s: apsal la dengki sangat...

Jumaat, 22 Januari 2010

~Tahniah Ust Hairul...~


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ust Hairul Nizam yang telah dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 13 Jan 2010 yang lalu.Semoga bertambah keberkatan di dalam keluarga Ust Hairul dengan kurniaan yang telah ALLAH s.w.t. berikan.
Mudah-mudahan kelahiran Fatiman Al-Nabawiyyah bte Hairul Nizam akan meneruskan lagi perjuangan srikandi islam yang akan mempertahankan,menegakkan dan melebar luaskan islam di muka bumi ini.

Barakallahu fikum...


p/s: bertambah lagi seorang mujahidah srikandi islam....



Selasa, 12 Januari 2010

~Tindakan membakar gereja-suatu renungan...~

Kejadian membakar gereja yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab di tanah air malaysia telah mengundang rasa betapa tidak amannya malaysia pada saat ini.Isu yang seharusnya boleh dibawa berbincang untuk kebaikan bersama,menjadi sedikit kucar kacir dek kerana wujudnya golongan yang ekstrim yang hanya mahu memuaskan nafsu amarah mereka semata.

Tindakan membakar gereja pada jumaat lalu tidak seharusnya berlaku didalam sebuah negara yang aman,yang mengamalkan konsep toleransi sesama kaum.Tindakan ini bertentangan dengan ajaran islam sepertimana yang diajarkan oleh nabi s.a.w:
1) Jangan kamu menganggu pendita-penditayang sedang beribadah di rumah-rumah ibadah mereka
2) Jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat yahudi dan nassara
3) Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah
4) Jangan kamu bunuh orang-orang tua,kanak-kanak,dan wanita-wanita yang tidak berdosa.

Walaupun larangan di atas adalah larangan semasa berperang,namun jika difahami dengan akal yang waras,ianya tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang aman tanpa sebarang ancaman peperangan.Tidak cukupkah dengan demontrasi bantahan yang telah diadakah demi menggambarkan rasa bertanggungjawab dalam mempertahankan hak dan kebenaran dengan turut menjaga adab serta akhlak kita terhadap kaum dan agama selain agama islam.

Apabila timbul isu yang berkaitan dengan perbezaan agama dan pendapat,seharusnya diadakan perbincangan yang berbentuk forum,sesi dialog dan sebagainya bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul.Tidak perlu sehingga membakar rumah-rumah ibadat mana-mana pihak sekali pun.Jangan hanya kerana marahnya kita terhadap suatu isu yang sepatutnya kita perlu fokus dan boleh diperbincangkan dengan lebih lumat lagi,bertukar menjadi insiden-insiden yang kita sendiri tidak ingin ianya berlaku.

Mahukah kita melihat golongan non-muslim ini semakin menjarakkan diri mereka dengan islam hanya kerana mereka melihat segelintir masyarakat islam yang mengambil jalan drastik dalam menyelesaikan suatu isu.

Dalam kita cuba memahamkan serta mendekatkan golongan non-muslim ini kepada agama yang suci iaitu agama islam kita seharusnya,menunjukkan satu contoh teladan yang baik serta adab dan akhlak yang baik yang mungkin akan menjadi ikutan mereka sehingga mereka sendiri tertarik dengan keindahan yang ada pada islam.

Golongan pemimpin masyarakat harus memikirkan cara bagaimana bagi memastikan masyarakat kita mengamalkan suatu konsep yang mana ianya menggambarkan kesempurnaan islam itu,sehingga mana sampai ke suatu tahap sekiranya berlaku perselisihan antara agama pada masa akan datang tidak lagi berlaku kejadian-kejadian membakar rumah-rumah ibadat sepertimana yang telah berlaku sekarang ini.

Mudah-mudahan islam terus dijulang dibumi malaysia tercinta.


_________________________________________________________


p/s: mengisi masa sempena peperiksaan yang bakal menjelma...

"satu fikrah satu amal"


Ahad, 3 Januari 2010

~ Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat ~

Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid
(1985-2010)


Takziah kepada keluarga allahyarham
Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid yang telah kembali ke rahmatullah yang didapati mengalami sakit bengkak hati,usus berkuman dan buah pinggang kering,semoga allah merahmati pemergiannya dan allah menempatkan rohnya dikalangan hamba-hambanya yang beriman....

Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid
(1985-2010)
AL-FATIHAH....


berita lanjut layari: http://aljauhar-berita.blogspot.com/

arma 2

arma