Rabu, 25 November 2009

~ Pendirian BKASM ~


25 Nov,Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) telah mengeluarkan memo khusus untuk ahli BKASM agar tidak bekerjasama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) dalam menjayakan PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KBMK DAN JPMK yang akan diadakan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 di Dataran Hayyu ‘Asyir.

Tindakan ini dilakukan di atas kata sepakat yang telah dilakukan di dalam mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM yang telah diadakan pada 23 November 2009 memutuskan,agar ahli BKASM untuk tidak sama-sama menjayakan progrma tersebut.Ianya adalah rentetan dari isu kutub sittah yang masih lagi belum mampu untuk diselesaikan oleh pihak JPMK.Pihak BKASM memohon agar isu ini diselesaikan dengan segera dan berhemah oleh pihak JPMK bersama mahasiswa di republik ini.

Hal ini menggambarkan ketegasan pihak BKASM dalam menyatakan pendirian serta prinsip mereka sebagai sebuah persatuan kebajikan pelajar berhubung isu yang berlaku melibatkan mahasiswa di bumi mesir ini.Sekaligus menyatakan kebersamaan BKASM dengan PMRAM dalam menghadapi apa jua perkara yang mendatang.

Dalam pernyataan tersebut pihak BKASM berharap agar semua ahli BKASM dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pernyataan yang telah disepakati dan dikeluarkan oleh AJKT.-berjenama.

~untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bkasm.org/ ~


---------------------------------------------------------------------


p/s : tahniah BKASM dalam menyatakan pendirian untuk menyatakan yang hak dan menafikan kebatilan...

"satu fikrah satu amal"
"BERSATU DAN BERBAKTI"


0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma