Selasa, 22 September 2009

~ Salam Perantauan ~


Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar...


Sayup-sayup kedengaran suara takbir yang dimainkan pada skrin komputer...teringat suasana semasa dikampung...malam raya rebus ketupat...sebelum rebus ketupat menghilangkan diri mencari kawan-kawan sekampung untuk bermain mercun dan kacau pelita rumah orang(padam pelita orang kampung)...hehehe...

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan...sambutan raya diperantauan disambut dengan suasana yang sederhana.Dengan beberapa orang rakan yang sama-sama tidak pilang ke tanah air.Walaupun sibuk dengan tanggungjawab sempat la juga masak rendang resipi kiriman bonda melalui panggilan talipon beberapa tahun yang lalu...(kuah kacang xdan nak masak).

Selesai solat sunat aidilfitri suasana bermaafan dan bergambar beramai-ramai merupakan aktiviti rutin pelajar malaysia dimesir...(nak main meriam..xda buluh..amik gambo je la).Ziarah menziarahi rumah kawan-kawan(yg ade makan je...sbb lapo...hehehe) sambil berkongsi kenangan semasa dikampung.

Menghubungi keluarga di Malaysia merupakan rutin wajib setiap kali menjelang raya.Suara ayah dan bonda menjadi pengubat rindu dari kejauhan.Adik-adik yang beratur bergilir-gilir semata-mata ingin mengucapkan salam raya melalui panggilan talipon menjelmakan kembali kenangan gurau senda serta usikan(ade jugak yg mencari pasal dan bergaduh..hahaha...)di pagi raya.

Imbauan kenangan beraya dikampung dipagi raya menjadi penyeri kepada perantau yang beraya diperantauan.Jemputan rumah terbuka sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu masakan ketupat,rendang,kuah kacang(walaupun bleh masak sendiri...) dipagi raya.Gelak ketawa rakan-rakan pengubat kesunyian di hari yang mulia.Walau jauh diperantauan hari raya ini tetap bermakna(tetap best)...

.:: salam perantauan dari bumi dumyat ::.

P/S : raya tetap raya...walau dimana kita berada... :-)

0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma