Jumaat, 18 September 2009

~ Alhamdulillah...iftor jamaie berjaya... ~


Iftor Jamaie PMRAM


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya program iftor jamaie yang dianjurkan oleh PMRAM mendapat sambutan diluar jangkaan.Kehadiran seramai hampir 1000 orang ahli telah membanjiri dataran haiyu asyir untuk sama-sama menjayakan program iftor jamaie ini.Walaupun anggaran awal hanya sekitar 700 orang ahli sahaja,tetapi di atas komitmen yang ditunjukkan oleh ahli terutama ahli yang datang dari muhafazah yang sanggup turun untuk turut sama menjayakan iftor ini,kehadiran melebihi dari jangkaan.

Program dimulai dengan majlis khatam al-quran dan tahlil ringkas seusai solat asar.Kemudian majlis diteruskan dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh pegawai kedah sementara menunggu majlis berbuka.Ketika berbuka semua hadirin dijamu dengan sedikit kurma dan air minuman untuk membatalkan puasa sebelum menunaikan solat maghrib berjamaah.Selesai sahaja solat maghrib semua hadirin disajikan dengan makanan berat berupa nasi bersama daging masak rendang.



0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma