Ahad, 17 Oktober 2010

~ JPMK bawa agenda UMNO... bangkitlah mahasiswa... ~

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) nampaknya telah menyalah gunakan bidang tugas mereka dengan menjadikan jabatan tersebut sebagai agen UMNO dengan meminta pelajar perubatan di Mansurah untuk mengisi borang UMNO.

Majlis yang pada mulanya dinyatakan sebagai majlis taklimat berkaitan biasiswa tiba-tiba bertukar menjadi program daftar keahlian UMNO.Pelajar-pelajar perubatan tersebut telah ditipu oleh pihak penganjur(yang tidak diketahui siapa) dan juga salah seorang pegawai JPMK iaitu Khairy Jalaluddin(KJ Jr),yang bertindak sebagai pengisi jemputan dan juga sebagai pengedar borang UMNO.

Tindakan yang amat dikesali,apabila seorang pegawai kerajaan bertindak tidak seperti seorang kaki tangan kerajaan,malah menjadi agen UMNO pula.Mengapa mahu mengheret pelajar-pelajar perubatan ini ke kancah politik kepartian yang sempit serta parti yang mengamalkan sikap perkauman.Ini bukanlah suatu tindakan yang bijak dari seorang kaki tangan kerajaan.Tindakan ini bagi penulis telah melanggar etika kerja seorang kaki tangan kerajaan.Dan penulis rasa tindakan seperti menghantar pulang pegawai seperti ini ke malaysia adalah tindakan yang paling wajar.

Bagi penulis,tindakan meminta mahasiswa mengisi borang keahlian sebuah parti politik yang mengamalkan politik kepartian yang sempit merupakan suatu pencabulan terhadap mahasiswa.Seolah-olah mahasiswa yang ada di perlembahan nil ini(perubatan mahupun pengajian islam)boleh dipergunakan sewenang-wenangnya demi semata-mata untuk kepentingan politik kepartian yang sempit seperti UMNO.

Penulis ingin mengingatkan kepada mana-mana mahasiswa/siswi atau pelajar di dalam bidang apa jua sekali pun harus berani bertindak untuk menyatakan hak kita selaku mahasiswa.Kita bukannya seperti bola boleh disepak sesuka hati mereka.Kita merupakan mahasiswa yang memiliki jati diri serta maruah yang harus kita pertahankan.

Penulis mencadangkan agar mahasiswa yang terbabit mengisi borang aduan hak mahasiswa yang boleh kita dapati di pejabat PMRAM ataupun pada wakil PMRAM di PMRAM cawangan yang berhampiran,untuk kita merekodkan segala tindak tanduk atau kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ini.Kerana mereka cuba untuk memperguna serta memperbodohkan mahasiswa kita.

Mahasiswa yang berada di perlembahan nil ini tidak perlu risau untuk menyatakan hak kalian kerana, kita tidak terikat dengan mana-mana akta seperti AUKU atau yang seumpama dengannya dalam kita menyatakan hak kita selaku mahasiswa.Mereka boleh diambil tindakan yang sewajarnya dengan kita mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh untuk kita serahkan kepada pihak yang berwajib.Dan mereka tidak boleh mengambil tindakan yang sewenang-wenangnya ke atas kita.

Kita sebagai mahasiswa ada hak serta jati diri,usah gentar dalam mempertahankan hak serta maruah kita selaku mahasiswa.Ayuh bangkitalah wahai mahasiswa,nyatakan kebenaran hapuskan kezaliman...

" Gelombang mahasiswa yang dinanti... "

.:: berita penuh " Taklimat biasiswa jadi majlis kelab UMNO " ::.

Ahad, 10 Oktober 2010

SPR | Keputusan Penuh Pilihanraya BKASM



Setelah tamat proses proses pembuangan undi pada jam 3.50 petang pada 9 Oktober 2010, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah menamatkan proses undian sekaligus bermulanya proses pengiraan undi pada jam 4.00 petang sehingga jam 7.00 petang.

Proses pengiraan undi dihadiri 2 orang wakil calon YDP dan 10 orang wakil calon AJKT. Turut hadir 2 orang pemerhati bebas bagi memantau proses pengiraan undi secara bersih, cekap dan adil. Proses pengiraan undi yang diketuai oleh Pengarah SPR sendiri, saudara Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad dan 7 orang Jawatankuasa Khas SPR berlangsung selama 3 jam bagi memastikan ketepatan kiraan.

Sepanjang tempoh pengundian, pihak SPR mendapati 24% dari kalangan ahli hadir mengundi. Pihak SPR menerima 251 undian secara keseluruhan termasuk 42 undi wakil. Selepas tamat proses pengiraan undi dan pengesahan kiraan dari wakil calon, maka pihak SPR telah mengumumkan keputusan pilihanraya pada akhir sesi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 35. Keputusan pilihanraya telah diumumkan oleh Pengarah SPR sendiri selepas pembubaran barisan kepimpinan BKASM sesi 2009/2010.

Berikut adalah keputusan penuh pilihanraya BKASM 2010 bagi calon YDP dan AJKT (wanita) :

Jawatan Yang di Pertua (YDP) BKASM 2010/2011 :

Saudara Mohd Yazid B Ahmad : 181 undian

Saudara Muhammad Nur Radzie B Bohari : 63 undian

Undi Rosak : 7 undian

Jawatan YDP dimenangi oleh : Saudara Mohd Yazid Ahmad (majorti 118 undian)



Jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir (wanita) BKASM 2010/2011 :

(Hanya 8 orang sahaja yang mendapat undian tertinggi layak menjadi AJKT(Wanita)

Sesi 2010/2011)

Siti Hajar Atika Bt Mohamad Tarman : 229 undian

Khairom Mawaddah Bt Baharom : 224 undian

Mimi Kartini Bt Suid : 222 undian

Siti Farhani Bt Ahmad Fuad : 221 undian

Siti Nurhawa Husnah Bt Rusman : 221 undian

Nuur Atiqah Ibrahim : 218 undian

Norhayaerma Bt Md Ahayar : 196 undian

Nurul Dayana Bt Mat Sahid : 189 undian

Fauziah Farhani Bt Mod Bakhair : 89 undian

Siti Rahmah Bt. Abdul Rahman : 86 undian

Undi Rosak bagi AJKT(Wanita) : 16 undian


***Keputusan pilihanraya SPR 2010 adalah muktamad***

.:: sumber dari bkasm.org ::.

Khamis, 7 Oktober 2010

~ Siapakah Calon YDP kita... ~

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bagi sesi 2009/2010 akan mengadakan pilihan raya bagi menentukan siapakah Yang DiPertua Bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2010/2011.

Pertandingan yang sihat diantara dua orang calon yang hebat dalam merebut jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2010/2011,merupakan suatu titik perubahan dalam kepimpinan BKASM.Dimana ahli BKASM kini semakin matang dalam melahirkan kepimpinan yang adil dan berwibawa.

Pemilihan seorang ketua didalam kepimpinan merupakan suatu sunnah yang digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam memimpin suatu organisasi atau persatuan bagi menentukan hala tuju yang sebenar.Seperti mana mafhum dari hadis nabi,jika tiga orang sedang bermusafir,lantiklah seorang ketua dikalangan kamu.Mafhum hadis ini menggambarkan peri pentingnya melantik ketua dalam apa jua keadaan,bertujuan untuk memimpin ke arah kebaikan.

Pemilihan kali ini merupakan pemilihan yang sengit kerana,kedua-dua calon yang bertanding kali ini memiliki karakter serta personaliti yang berbeza tetapi mempunyai hala tuju yang sama.Pastinya akan membuatkan ahli sukar untuk membuat pilihan siapakah yang lebih layak lagi dalam menerajui tampuk kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bagi sesi 2010/2011.

Kitalah sebagai penentu masa depan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).Tanggungjawab kita sebagai ahli yang berdaftar menetukan siapakah pemimpin kita.Undi kita amat berharga.Marilah kita melaksanakan tanggungjawab kita.

" Pilihlah calon anda...andalah penentu perubahan "



Calon AJKT BKASM sesi 2010/2011

Pameran Bergerak ARMA & Dana Syaqah


1) Berobjektifkan memberi maklumat yang lebih jelas kepada semua mahasiswa/wi disetiap peringkat berkaitan ARMA dan DANA SYAQAH.
2) Membangkitkan semula rasa cakna mahasiswa/wi terhadap ARMA.

Pameran bergerak ARMA & Dana Syaqah buat kali keduanya akan diadakan pada:

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 1) 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk akhwat
2) 1.00 petang sehingga waktu asar untuk ikhwat
Tempa: Rumah kelantan baru (RKB)


Semua mahasiswa/wi dijemput hadir bagi menjayakannya.

arma 2

arma