Ahad, 17 Oktober 2010

~ JPMK bawa agenda UMNO... bangkitlah mahasiswa... ~

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) nampaknya telah menyalah gunakan bidang tugas mereka dengan menjadikan jabatan tersebut sebagai agen UMNO dengan meminta pelajar perubatan di Mansurah untuk mengisi borang UMNO.Majlis yang pada mulanya dinyatakan sebagai majlis taklimat berkaitan biasiswa tiba-tiba bertukar menjadi program daftar keahlian UMNO.Pelajar-pelajar perubatan tersebut telah ditipu oleh pihak penganjur(yang tidak diketahui siapa) dan juga salah seorang pegawai JPMK iaitu Khairy Jalaluddin(KJ Jr),yang bertindak sebagai pengisi jemputan dan juga sebagai pengedar borang UMNO.Tindakan yang amat dikesali,apabila seorang pegawai kerajaan bertindak tidak seperti seorang kaki tangan kerajaan,malah menjadi agen UMNO pula.Mengapa mahu mengheret pelajar-pelajar perubatan ini ke kancah...

Ahad, 10 Oktober 2010

SPR | Keputusan Penuh Pilihanraya BKASM

Setelah tamat proses proses pembuangan undi pada jam 3.50 petang pada 9 Oktober 2010, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah menamatkan proses undian sekaligus bermulanya proses pengiraan undi pada jam 4.00 petang sehingga jam 7.00 petang.Proses pengiraan undi dihadiri 2 orang wakil calon YDP dan 10 orang wakil calon AJKT. Turut hadir 2 orang pemerhati bebas bagi memantau proses pengiraan undi secara bersih, cekap dan adil. Proses pengiraan undi yang diketuai oleh Pengarah SPR sendiri, saudara Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad dan 7 orang Jawatankuasa Khas SPR berlangsung selama 3 jam bagi memastikan ketepatan...

Khamis, 7 Oktober 2010

~ Siapakah Calon YDP kita... ~

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bagi sesi 2009/2010 akan mengadakan pilihan raya bagi menentukan siapakah Yang DiPertua Bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2010/2011.Pertandingan yang sihat diantara dua orang calon yang hebat dalam merebut jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2010/2011,merupakan suatu titik perubahan dalam kepimpinan BKASM.Dimana ahli BKASM kini semakin matang dalam melahirkan kepimpinan yang adil dan berwibawa.Pemilihan seorang ketua didalam kepimpinan merupakan suatu sunnah yang digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam memimpin suatu organisasi...

Calon AJKT BKASM sesi 2010/2011

...

Pameran Bergerak ARMA & Dana Syaqah

1) Berobjektifkan memberi maklumat yang lebih jelas kepada semua mahasiswa/wi disetiap peringkat berkaitan ARMA dan DANA SYAQAH.2) Membangkitkan semula rasa cakna mahasiswa/wi terhadap ARMA.Pameran bergerak ARMA & Dana Syaqah buat kali keduanya akan diadakan pada:Tarikh : 7 Oktober 2010Hari : KhamisMasa : 1) 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk akhwat2) 1.00 petang sehingga waktu asar untuk ikhwatTempa: Rumah kelantan baru (RKB)Semua mahasiswa/wi dijemput hadir bagi menjayakann...

Jumaat, 23 Julai 2010

Apa Erti 80 Tahun PMRAM

Oleh:Ust Khairul Anuar Ismail Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 ...

Isnin, 19 Julai 2010

~ Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10)... ~

Sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaankali ke - 53 PMRAM...Berkonsepkan...Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10)bakal menemui anda semua...Kemeriahan dan kerancakannya kian dirasaiPelbagai acara dan aktiviti disediakan...Nantikan kemunculannya OGOS ini...www.pmram....

~ PROSMA 4... ~

Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA)kini kembali lagi...Ayuh sama-sama kita memberi sedikit sumbanganuntuk kita membantu saudara kita di Palestin...Sumbangan anda semua amat dialu-alukan...

Selasa, 15 Jun 2010

~ Ustaz Hassan Syukri kembali ke rahmatullah ~

(Ustaz Hassan Syukri)Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham ustaz Hassan di atas pemergian allahyarham...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Al-fatihah...(semoga semangatnya sebagai seorang pejuang menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda yang mengikuti jejak langahnya....

Isnin, 7 Jun 2010

Fiqh Waqi' : Senjata Utama Merealitikan Perancangan

Fiqh waqi' menjadi senjata utama bagi memastikan sesuatu perancangan yang dibuat menjadi realiti. Dengan erti kata, penjagaan maslahat dan menjauhi mudharat terjamin berdasarkan selepas kefahaman Fiqh Muwazanat dan Fiqh Aulawiyat. Bahkan fiqhul khamsah merupakan suatu eleman yang tidak boleh difahami secara berasingan atau memahami sebahagian sahaja. Hal ini demikian kesemua fiqh ini mempunyai peranan tersendiri dan berkait rapat dengan yang lain.Kefahaman ke atas fiqh waqi' adalah untuk memastikan perubahan faktor dan sebab di dalam penilaian maslahat dan mudharat dapat dijaga berdasarkan penelitian kepada keadaan sekeliling semasa. Ia mengambil kira dari sudut uruf, suasana adat , bahasa dan syara'. Maka penguasaan di dalam memahami fiqh waqi' memberikan suatu ketepatan ketika meletakkan...

Selasa, 1 Jun 2010

~ mengutuk kekejaman israel ~

Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan yang berlepas dari pelabuhan istanbul menuju ke gaza.Misi memberi bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan telah disekat oleh tentera elit israel dengan mengepung dan menguasai kapal-kapal misi kemanusiaan tersebut dengan tindakan yang amat kejam dan kasar.Ianya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan terbunuh dalam kejadian tersebut.Manakala 36 orang lagi dilaporkan cedera,serta beberapa orang lagi turut ditahan.Tindakan kejam ini telah membangkitkan rasa marah dunia islam terhadap israel dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia ke atas kedutaan israel dan amerika.Demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia islam adalah bertujuan untuk menggesa suatu tindakan...

Mahasiswa Selangor Mesir Membantah Judi Bola Sepak Piala Dunia

KAHERAH, 28 Mei - Bertempat di Darul Ehsan Café (DE Café), telah berlangsung satu rapat umum membantah JUDI BOLA SEPAK Piala Dunia. Rapat umum anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) diadakan selepas selesai solat jumaat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan bantahan mengenai keputusan kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Jun ini.Rapat umum ini diadakan bagi membuktikan kebersamaan mahasiswa Selangor Mesir dalam menentang keputusan yang membelakangkan Syariat Islam yang meletakkan judi adalah HARAM sama sekali untuk terlibat atau bermain dengannya, sebagaimana...

Ahad, 16 Mei 2010

~ Selamat Hari Guru ~

Ada sebuah ungkapan yang berbunyi:"walaupun hanya dengan mengajarkan ku satu huruf,orang itu telah ku anggap sebagai guruku."Walaupun sedikit ilmu yang diberikan tetapi darjatnya tetap tinggi.Selamat hari guru kepada semua guru-guruku yang telah mendidik diriku sedari kecil hinggalah kini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guruku bermula dari:~ Ibu dan ayah serta arwah atuk dan nenek(sebelah ayah dan ibu) yang telah mengajarku sejak kecil.~ Guru tadikaku ditadika abim Telok Dato',banting.~ Guru-guru Sekolah Kebangsaan Sg.Manggis.~ Guru-guru Sekolah kebangsaan Sijangkang.~ Guru-guru Sekolah Rendah Agama Sijangkang.~...

~ Guruku ~

GurukuKau penyuluh hidupkuMenerangi alam iniKau ku anggapkanSebagai ibubapakuWahai gurukuKau ibarat sebatang lilinMenerangi alam kegelapanKau sanggup membakar dirimuWahai gurukuKau insan yang muliaMendidik dan membimbing dakuKaulah insan yang kusanjungiGurukuSegala baktimuAkan ku balas dengan kejayaankuAkan ku buktikan kepadamuWahai guruku______________________________________________________.:: khas buat guru-guruku... ...

Sabtu, 15 Mei 2010

~ Pelaksanaan Judi di Malaysia...oh malaysiaku... ~

Kerajaan malaysia telah meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena piala dunia 2010.Tindakan yang mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen kerajaan itu telah mengundang rasa sangsi penulis tentang 'malaysia sebagai negara islam'.Bagaimana sebuah negara yang dikatakan negara islam boleh menghalalkan judi sedangkan didalam islam judi itu sememangnya haram.Pendapat mana didalam islam yang telah digunapakai oleh kerajaan malaysia untuk membolehkan judi itu dilaksanakan.Bertambah pelik lagi hairan apabila ada dikalangan ahli parlimen yang menyokong tindakan kerajaan itu menyatakan lesen judi itu diluluskan agar tidak berlaku penipuan.Inilah masalahnya apabila mengaji ilmu agama tak abis,sekadar ambil sebahagian sahaja.Mengapa perlu menyokong suatu perkara yang sudah jelas haramnya.Kerana...

Selasa, 4 Mei 2010

~ Solat Hajat Perdana & Penerangan Isu Semasa ~

SOLAT HAJAT PERDANA &PENERANGAN ISU SEMASABERSAMA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)PADA: 5 MEI 2010TEMPAT: DATARAN HAIYU ASYIR7.30: SOLAT MAGHRIB BERJEMAAHSOLAT HAJAT PERDANA8.30: PENERANGAN ISU SEMASAOLEH WAKIL BP PMRAM" MOHON MUNAJAT KEPADA ALLAH AGAR SEGALA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN "*semua dijemput hadir*Anjuran: Badan Kebajikan Anak Selangor Mes...

~ Apa khabar blogku... ~

Hampir 2 bulan lamanya tiada entri baru yang dapat dipaparkan kedalam blog ini.Seolah-olah tidak bermaya dalam meneruskan usaha-usaha murni meneruskan kesinambungan dakwah dalam pelbagai medium.Pelbagai kisah dan juga pengalaman yang ingin dikongsikan bersama sahabat-sahabat alam maya ini,namun itulah ujian yang mungkin perlu ditempuhi dalam usaha menemukan sebuah hasil yang dapat memuaskan semua pihak.Masalah keterbatasan waktu dalam memikirkan kisah atau entri yang bagaimana harus dipaparkan kepada umum menyebabkan blog ini sunyi dari isinya.Ditambah pula dengan masalah gangguan internet yang lembap menyebabkan sering kali berlakunya masalah dalam usaha untuk memaparkan entri-entri yang ingin dikongsikan. Kini imtihan pula muncul dalam memberikan ujian demi ujian yang harus ditempuhi dalam...

Sabtu, 27 Mac 2010

~ Tip kesihatan ~

Lamanya tidak menjenguk alam maya ni.Jadi untuk menyambung semula kegiatan dialam maya ni,ingin penulis berkongsi tip kesihatan yang dipetik dari http://www.dumyat.blogspot.com/.Tip yang menarik untuk dikongsikan bersama. Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-1. Bersenam @ beriadah.2. Mengawal makanan.Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam...

Rabu, 10 Mac 2010

~ Ramah Mesra BP PMRAM ke DPM Damietta ~

Marilah semua warga dumyatuntuk kita sama-samameluangkan masa bertemu dengan pimpinan...Semoga iktan ukhuwah kita sentiasa bersemadi dihatiayuh... * makanan turut disediakan_____________________________________________________p/s:di bumi gharbiyah...

Jumaat, 26 Februari 2010

~Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata ~

MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan. Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat...

~Muhadharah Ilmiah sempena Sambutan Maulidur Rasul~

Marilah kita sama-sama memenuhi majlis ini,semoga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah serta rasulnya...Layari: http://www.pmram.o...

~ saat kewafatan nabi muhammad s.a.w. ~

...

~ SaLaM mAuLiDuR rAsUl ~

Penghulu segala nabi & rasul...Contoh akhlak terpuji...Kekasih yang amat dicintai...Petunjuk sepanjang zaman...Nabi Muhammad...Rasulullah...yang dirind...

Jumaat, 12 Februari 2010

~ Qudwah seorang kader dakwah sejati-Rahmat Abdullah ~

...

Khamis, 11 Februari 2010

~ Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah ~

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.Dua prinsip...

Isnin, 25 Januari 2010

~Kalimah Allah-Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi persoal inisiatif malaysia~

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi,...

Ahad, 24 Januari 2010

~ Hujan di bumi dumyat ~

Salam imtihan,(edisi rehat minda...)Alhamdulillah,bumi dumyat sekali lagi disirami hujan rahmat,setelah lebih 2 bulan tidak ditimpa hujan.Kesejukan dimusim sejuk ditambah pula dengan hujan yang turun renyai-renyai,menambahkan lagi kesejukan yang akan membataskan sedikit pergerakan manusia dek keran kesejukan.Makin teballah lihaf(selimut) yang akan menyelubungi jasad.Kelazimannya di Mesir ini apabila hujan turun menandakan perubahan musim akan berlaku.Tidak kiralah sama ada dari musim sejuk bertukar kepada musim panas atau musim panas kepada musim sejuk.(2 musim yang glamour di mesir...bunga dan luruh wujud bersama keduanya...faham2 sudah)Bila...

~Mana pergi blog ni... http://holywar-efairy.blogspot.com/ ~

Salam imtihan, Blog yang memaparkan pembongkaran konspirasi dajjal dan freemasonri dalam versi bahasa melayu(klik sini) yang selalu penulis lawati kini gagal untuk dibuka.Pelbagai andaian yang dilakukan,sama ada laman tersebut dalam proses kemas kini,atau mungkin telah di hack oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab,atau mungkin telah disekat penyebarannya oleh pihak-pihak tertentu,wallahu a'lam.Namun hakikatnya sudah dua hari ianya tidak boleh di buka.Di bawah ini penulis paparkan gambar laman tersebut yang sempat penulis save di komputer peribadi... Dalam laman ini banyak membongkarkan...

Jumaat, 22 Januari 2010

~Tahniah Ust Hairul...~

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ust Hairul Nizam yang telah dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 13 Jan 2010 yang lalu.Semoga bertambah keberkatan di dalam keluarga Ust Hairul dengan kurniaan yang telah ALLAH s.w.t. berikan.Mudah-mudahan kelahiran Fatiman Al-Nabawiyyah bte Hairul Nizam akan meneruskan lagi perjuangan srikandi islam yang akan mempertahankan,menegakkan dan melebar luaskan islam di muka bumi ini.Barakallahu fikum...p/s: bertambah lagi seorang mujahidah srikandi islam....

Selasa, 12 Januari 2010

~Tindakan membakar gereja-suatu renungan...~

Kejadian membakar gereja yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab di tanah air malaysia telah mengundang rasa betapa tidak amannya malaysia pada saat ini.Isu yang seharusnya boleh dibawa berbincang untuk kebaikan bersama,menjadi sedikit kucar kacir dek kerana wujudnya golongan yang ekstrim yang hanya mahu memuaskan nafsu amarah mereka semata.Tindakan membakar gereja pada jumaat lalu tidak seharusnya berlaku didalam sebuah negara yang aman,yang mengamalkan konsep toleransi sesama kaum.Tindakan ini bertentangan dengan ajaran islam sepertimana yang diajarkan oleh nabi s.a.w:1) Jangan kamu menganggu pendita-penditayang sedang beribadah di rumah-rumah ibadah mereka2) Jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat yahudi dan nassara3) Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah4)...

Ahad, 3 Januari 2010

~ Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat ~

Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid(1985-2010)Takziah kepada keluarga allahyarham Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid yang telah kembali ke rahmatullah yang didapati mengalami sakit bengkak hati,usus berkuman dan buah pinggang kering,semoga allah merahmati pemergiannya dan allah menempatkan rohnya dikalangan hamba-hambanya yang beriman....Mohd Hidayatussaufi bin Md Khalid(1985-2010)AL-FATIHAH....berita lanjut layari: http://aljauhar-berita.blogspot.c...

Pages 581234 »

arma 2

arma