Ahad, 17 Oktober 2010

~ JPMK bawa agenda UMNO... bangkitlah mahasiswa... ~

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) nampaknya telah menyalah gunakan bidang tugas mereka dengan menjadikan jabatan tersebut sebagai agen UMNO dengan meminta pelajar perubatan di Mansurah untuk mengisi borang UMNO.

Majlis yang pada mulanya dinyatakan sebagai majlis taklimat berkaitan biasiswa tiba-tiba bertukar menjadi program daftar keahlian UMNO.Pelajar-pelajar perubatan tersebut telah ditipu oleh pihak penganjur(yang tidak diketahui siapa) dan juga salah seorang pegawai JPMK iaitu Khairy Jalaluddin(KJ Jr),yang bertindak sebagai pengisi jemputan dan juga sebagai pengedar borang UMNO.

Tindakan yang amat dikesali,apabila seorang pegawai kerajaan bertindak tidak seperti seorang kaki tangan kerajaan,malah menjadi agen UMNO pula.Mengapa mahu mengheret pelajar-pelajar perubatan ini ke kancah politik kepartian yang sempit serta parti yang mengamalkan sikap perkauman.Ini bukanlah suatu tindakan yang bijak dari seorang kaki tangan kerajaan.Tindakan ini bagi penulis telah melanggar etika kerja seorang kaki tangan kerajaan.Dan penulis rasa tindakan seperti menghantar pulang pegawai seperti ini ke malaysia adalah tindakan yang paling wajar.

Bagi penulis,tindakan meminta mahasiswa mengisi borang keahlian sebuah parti politik yang mengamalkan politik kepartian yang sempit merupakan suatu pencabulan terhadap mahasiswa.Seolah-olah mahasiswa yang ada di perlembahan nil ini(perubatan mahupun pengajian islam)boleh dipergunakan sewenang-wenangnya demi semata-mata untuk kepentingan politik kepartian yang sempit seperti UMNO.

Penulis ingin mengingatkan kepada mana-mana mahasiswa/siswi atau pelajar di dalam bidang apa jua sekali pun harus berani bertindak untuk menyatakan hak kita selaku mahasiswa.Kita bukannya seperti bola boleh disepak sesuka hati mereka.Kita merupakan mahasiswa yang memiliki jati diri serta maruah yang harus kita pertahankan.

Penulis mencadangkan agar mahasiswa yang terbabit mengisi borang aduan hak mahasiswa yang boleh kita dapati di pejabat PMRAM ataupun pada wakil PMRAM di PMRAM cawangan yang berhampiran,untuk kita merekodkan segala tindak tanduk atau kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ini.Kerana mereka cuba untuk memperguna serta memperbodohkan mahasiswa kita.

Mahasiswa yang berada di perlembahan nil ini tidak perlu risau untuk menyatakan hak kalian kerana, kita tidak terikat dengan mana-mana akta seperti AUKU atau yang seumpama dengannya dalam kita menyatakan hak kita selaku mahasiswa.Mereka boleh diambil tindakan yang sewajarnya dengan kita mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh untuk kita serahkan kepada pihak yang berwajib.Dan mereka tidak boleh mengambil tindakan yang sewenang-wenangnya ke atas kita.

Kita sebagai mahasiswa ada hak serta jati diri,usah gentar dalam mempertahankan hak serta maruah kita selaku mahasiswa.Ayuh bangkitalah wahai mahasiswa,nyatakan kebenaran hapuskan kezaliman...

" Gelombang mahasiswa yang dinanti... "

.:: berita penuh " Taklimat biasiswa jadi majlis kelab UMNO " ::.

0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma