Selasa, 12 Januari 2010

~Tindakan membakar gereja-suatu renungan...~

Kejadian membakar gereja yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab di tanah air malaysia telah mengundang rasa betapa tidak amannya malaysia pada saat ini.Isu yang seharusnya boleh dibawa berbincang untuk kebaikan bersama,menjadi sedikit kucar kacir dek kerana wujudnya golongan yang ekstrim yang hanya mahu memuaskan nafsu amarah mereka semata.

Tindakan membakar gereja pada jumaat lalu tidak seharusnya berlaku didalam sebuah negara yang aman,yang mengamalkan konsep toleransi sesama kaum.Tindakan ini bertentangan dengan ajaran islam sepertimana yang diajarkan oleh nabi s.a.w:
1) Jangan kamu menganggu pendita-penditayang sedang beribadah di rumah-rumah ibadah mereka
2) Jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat yahudi dan nassara
3) Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah
4) Jangan kamu bunuh orang-orang tua,kanak-kanak,dan wanita-wanita yang tidak berdosa.

Walaupun larangan di atas adalah larangan semasa berperang,namun jika difahami dengan akal yang waras,ianya tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang aman tanpa sebarang ancaman peperangan.Tidak cukupkah dengan demontrasi bantahan yang telah diadakah demi menggambarkan rasa bertanggungjawab dalam mempertahankan hak dan kebenaran dengan turut menjaga adab serta akhlak kita terhadap kaum dan agama selain agama islam.

Apabila timbul isu yang berkaitan dengan perbezaan agama dan pendapat,seharusnya diadakan perbincangan yang berbentuk forum,sesi dialog dan sebagainya bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul.Tidak perlu sehingga membakar rumah-rumah ibadat mana-mana pihak sekali pun.Jangan hanya kerana marahnya kita terhadap suatu isu yang sepatutnya kita perlu fokus dan boleh diperbincangkan dengan lebih lumat lagi,bertukar menjadi insiden-insiden yang kita sendiri tidak ingin ianya berlaku.

Mahukah kita melihat golongan non-muslim ini semakin menjarakkan diri mereka dengan islam hanya kerana mereka melihat segelintir masyarakat islam yang mengambil jalan drastik dalam menyelesaikan suatu isu.

Dalam kita cuba memahamkan serta mendekatkan golongan non-muslim ini kepada agama yang suci iaitu agama islam kita seharusnya,menunjukkan satu contoh teladan yang baik serta adab dan akhlak yang baik yang mungkin akan menjadi ikutan mereka sehingga mereka sendiri tertarik dengan keindahan yang ada pada islam.

Golongan pemimpin masyarakat harus memikirkan cara bagaimana bagi memastikan masyarakat kita mengamalkan suatu konsep yang mana ianya menggambarkan kesempurnaan islam itu,sehingga mana sampai ke suatu tahap sekiranya berlaku perselisihan antara agama pada masa akan datang tidak lagi berlaku kejadian-kejadian membakar rumah-rumah ibadat sepertimana yang telah berlaku sekarang ini.

Mudah-mudahan islam terus dijulang dibumi malaysia tercinta.


_________________________________________________________


p/s: mengisi masa sempena peperiksaan yang bakal menjelma...

"satu fikrah satu amal"


0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma