Selasa, 1 Jun 2010

~ mengutuk kekejaman israel ~


Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan yang berlepas dari pelabuhan istanbul menuju ke gaza.Misi memberi bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan telah disekat oleh tentera elit israel dengan mengepung dan menguasai kapal-kapal misi kemanusiaan tersebut dengan tindakan yang amat kejam dan kasar.Ianya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan terbunuh dalam kejadian tersebut.Manakala 36 orang lagi dilaporkan cedera,serta beberapa orang lagi turut ditahan.

Tindakan kejam ini telah membangkitkan rasa marah dunia islam terhadap israel dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia ke atas kedutaan israel dan amerika.Demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia islam adalah bertujuan untuk menggesa suatu tindakan yang sepatutnya dilakuan ke atas israel di atas serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.Kekejaman israel terus melebar dan meluas dari kekejaman ke atas rakyat palestin,kini menular pula ke atas masyarakat antarabangsa.Tindakan yang sudah tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja oleh semua pihak.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta negara Amerika dikecam hebat oleh dunia kerana mendiamkan diri dengan tidak melakukan sebarang tidakan atau sekatan ke atas israel.Dunia seolah-olah melihat tindakan berdiam diri negara-negara kuasa dunia terhadap tindakan kejam israel ini sebagai menjaga kepentingan masing-masing bersama israel dengan tidak mencampuri perkara-perkara yang melibatkan kekejaman israel.PBB dituntut untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas israel.

Sehubungan dengan itu kita diseru dan diajak untuk membaca doa qunut nazilah,mudah-mudahan ALLAH akan terus membantu hamba-hambanya yang teraniaya untuk menghancurkan israel.Semoga usaha kita yang kecil ini membuahkan suatu hasil natijah yang akan mengembalikan kegemilangan dan keadilan islam dimata dunia.

Siiru ala barakatillah...
Allahu Akbar!!


0 comments:

Catat Ulasan

arma 2

arma