Selasa, 15 Jun 2010

~ Ustaz Hassan Syukri kembali ke rahmatullah ~

(Ustaz Hassan Syukri)Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham ustaz Hassan di atas pemergian allahyarham...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Al-fatihah...(semoga semangatnya sebagai seorang pejuang menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda yang mengikuti jejak langahnya....

Isnin, 7 Jun 2010

Fiqh Waqi' : Senjata Utama Merealitikan Perancangan

Fiqh waqi' menjadi senjata utama bagi memastikan sesuatu perancangan yang dibuat menjadi realiti. Dengan erti kata, penjagaan maslahat dan menjauhi mudharat terjamin berdasarkan selepas kefahaman Fiqh Muwazanat dan Fiqh Aulawiyat. Bahkan fiqhul khamsah merupakan suatu eleman yang tidak boleh difahami secara berasingan atau memahami sebahagian sahaja. Hal ini demikian kesemua fiqh ini mempunyai peranan tersendiri dan berkait rapat dengan yang lain.Kefahaman ke atas fiqh waqi' adalah untuk memastikan perubahan faktor dan sebab di dalam penilaian maslahat dan mudharat dapat dijaga berdasarkan penelitian kepada keadaan sekeliling semasa. Ia mengambil kira dari sudut uruf, suasana adat , bahasa dan syara'. Maka penguasaan di dalam memahami fiqh waqi' memberikan suatu ketepatan ketika meletakkan...

Selasa, 1 Jun 2010

~ mengutuk kekejaman israel ~

Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan yang berlepas dari pelabuhan istanbul menuju ke gaza.Misi memberi bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan telah disekat oleh tentera elit israel dengan mengepung dan menguasai kapal-kapal misi kemanusiaan tersebut dengan tindakan yang amat kejam dan kasar.Ianya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan terbunuh dalam kejadian tersebut.Manakala 36 orang lagi dilaporkan cedera,serta beberapa orang lagi turut ditahan.Tindakan kejam ini telah membangkitkan rasa marah dunia islam terhadap israel dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia ke atas kedutaan israel dan amerika.Demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia islam adalah bertujuan untuk menggesa suatu tindakan...

Mahasiswa Selangor Mesir Membantah Judi Bola Sepak Piala Dunia

KAHERAH, 28 Mei - Bertempat di Darul Ehsan Café (DE Café), telah berlangsung satu rapat umum membantah JUDI BOLA SEPAK Piala Dunia. Rapat umum anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) diadakan selepas selesai solat jumaat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan bantahan mengenai keputusan kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Jun ini.Rapat umum ini diadakan bagi membuktikan kebersamaan mahasiswa Selangor Mesir dalam menentang keputusan yang membelakangkan Syariat Islam yang meletakkan judi adalah HARAM sama sekali untuk terlibat atau bermain dengannya, sebagaimana...

Pages 581234 »

arma 2

arma